Lubuk Timah : Hidden Jem in Perak I guess

Assalamualaikum and bertemu lagi kita. So harini aku nak share satu tempat aka air terjun yang aku baru pergi 3 hari lepas ( mana yang follow IG aku tahulah ). Nama tempat tu Lubuk Timah or actual name dia Lubuk Timah Fall Hot Spring. So ni kira air terjun la even aku tak nampak pun air terjun dia 😂 so Lubuk Timah ni kat area Simpang Pulai and nak kesana tak susah pun tapi tunggu kejap. 



But yang jadi masalah sedikit sebab air terjun ni dekat dengan kuari so boleh kata u gais kena beware sikit dengan lori-2 yang keluar masuk area sini lah. And one more things, sepanjang korang Otw tu memang kawasan ni berhabuk sangat so not really recommended la nak naik motor. 😅 

Jadi not to make this things too long ni antara beberapa view pasal tempat ni. Aku dapat contribute beberapa  gambar je sebab aku fokus sangat nak mandi tu pasal lupa nak capture gambar kat sini 🤣


           Antara gambar yang aku dapat snap.



                        Cc : orangperak.com



       Ada juga kuda kat situ. RM 5 sekali naik



Pondok ini sekali sewa RM 10 tapi tulah takda sapa minta duit so kami duduk gitu jela 😅

So bagi aku aku rate 7.5 / 10 sebab bagi aku view dia rare sebab dengan dengan kuari so jangan terkejut la kalau dengar bunyi batu meletup dah macam bunyi guruh, tapi kualiti air tak terjejas pun. Airnya pun suam-2 je tak sejuk tak panas. Kalau nak lebih banyak gambar boleh search di Google sebab ini je aku boleh bantu. Entrance RM 5 untuk dewasa, RM 3 untuk kanak-2 and orang tua. Parking free but untuk lain-2 equipment boleh cari di Google. 

Ok itu jelah short review untuk harini. Btw lupa nak bagitau yang tempat ni dekat je dengan Kellie’s Castle and Pekan Ipoh. So kira korang bolehla buang-2 masa sikit kat sana takkan nak terus balik kan. Ok aku gerak lu see u next post Assalamualaikum 


Comments