2 Tahun aku di KL : Apa yang aku dapat? ( part akhir )

Assalamualaikum geng. Alhamdulillah bertemu lagi kita untuk menghabiskan thread ni. Lama jugak nak setel benda alah ni 😅 ok jom kita habiskan dulu thread ni and then kita beralih ke topik lain pula. 

So final point, apa yang aku belajar sepanjang tempoh 2 tahun tu kan, apa dia? Ya kita mesti kena ambil tahu pasal bajet or saving kita dalam certain times. Aku dulu even kerja pun aku manada saving 😂 ada duit mesti guna buat pusing satu KL allahu 🤦🏽‍♂️ Tapi ini cerita aku lah, ini antara nasihat aku kat korang lah kan agar jangan ikut macam aku. Kena pandai bajet untuk makan, sewa rumah ke apa-apa la kan yang memerlukan duit korang untuk dikeluarkan. Sebab kita nak survive kan? But alhamdulillah sepanjang tempoh tu kiranya aku tak berapa nak struggle la pasal kewangan sebab aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang murah hati. Itu pun kira rezeki kita juga kan? 

Jadi to make it simple, aku habiskan zaman KL aku pada tarikh 6 Disember 2018. Takkan aku lupa date tu sebab semalamnya aku and dia sempat lepak kat Ameer Ehsan tengok bola Mas vs Thai alah yang penalti Adisak kelaut tu. Serius masa tu aku tak sanggup nak tengok woo 🤣 so aku balik Perak ditemani oleh dia sebab dia pun nak balik Perak time tu. Sedih jangan cakaplah gila tak sedih nak tinggalkan tempat yang banyak ajar aku perkara yang aku takkan jumpa kat Perak ni. 🥲

So itu jelah aku rasa nak conclude topik ni. Insyaallah kalau dah boleh rentas negeri nanti aku akan turun KL lah macam tulah plannya. Jadi aku rasa setakat ni jelah thread pendek untuk kalini, jumpa lagi kat topik yang lain insyaallah. Assalamualaikum & cau lu




    Terima kasih KL. It was a pleasure to know you

Comments