Vaksinasi di PPV BACC ( Bangi Avenue Convention Centre )
Assalamualaikum semua. So since aku takda topik pasal first post aku harini aku just nak ceritakan kat korang semua tentang aku punya perjalanan or trip aku ke Selangor atau lebih khususnya ke Bangi. Buat apa kesitu musim-2 Covid ni? Macam mana boleh sampai sana? Mai aku cerita.
Aku asal Bota Kiri. Tau Bota Kiri kat mana? Kat Perak la. So kalau bercakap pasal vaksinasi kat sini mostly diaorang akan cucuk vaksin kat Dewan Sri Iskandar je or paling jauh pun kat Ipoh la, tapi aku lain. Sebab apa? Sebab aku cucuk vaksin kat BANGI. Ye Bangi. " Lah asal jauh sangat tu? " Hahaha sebab company aku yang suruh cucuk vaksin kat sini. Macam mana depa boleh deal dengan pihak kat Bangi tu aku taktau lah. Lagipun benda ni manager aku yang offer kat staf dia tapi ramai yang taknak. Paranoid katanya tapi aku tak. Aku offer diri aku and aku dapat. Sebab? Sebab aku nak jalan-jalan nak bersihkan kepala otak aku yang dah bosan tengok benda sama hari-hari. Faham kan?
So date untuk first dose tu 19 Ogos but jujur cakap benda ni depa panggil last minute tau, means bagitau last minute so boleh kata preparation kami ni kelam kabut sikit la. Dengan Touch n Go kena topup belum lagi duit minyak kiranya sebelum masuk highway saja dah burn 100 ringgit. Oh damn tapi nasib boleh claim ๐. Time hari kejadian tu kami still kena kerja but half day je sampai pukul 9 macamtu, so aku bawak macam baju spare siap-siap bawak perfume, bawak barang-barang wajib untuk laki lah ( lelaki je tau ). Kami bertolak dengan 3 kereta ( satu kereta 3 orang ), kereta aku belakang sekali since kami nak guna jalan yang aku tak pernah guna langsung ( jalan Manjung - Teluk Intan - Sungkai ) so nak elakkan dari kami sesat ke apa ke kereta aku dok belakang sekali.
Sepanjang perjalanan tu alhamdulillah takda apa-apa masalah sangat pun even sepanjang jalan dari Manjung ke Teluk Intan tu penuh dengan lori + jalan berlubang and ada certain part tu tengah dalam renovation nak buat jambatan baru, even dari Teluk Intan ke Sungkai pun lebih kurang. So nak taknak kena sabar la apa boleh buat ๐ so bila dah sampai kat Tol Sungkai after scan Kad kat Tol baru aku pulas habis aka pecut sampai 150 km/j tinggalkan 2 kereta lain kat belakang ๐ itu baru namanya kepuasan ๐คฃ
Actually nak cerita dengan detail quite long jugak so we make it short. After melunaskan hajat kat Ulu Bernam + makan ( makan pringles je ) kami straight terus ke Bangi tak singgah mana-mana dah. But since aku taktau jalan so when kitaorang proceed balik perjalanan kereta aku duduk belakang sekali lagi macam sebelum masuk highway.
Kami keluar highway dari Tol Nilai ( dinasihatkan jangan keluar sini sebab sini lagi mahal ) , and aku follow je lagi 2 kereta kat depan and finally sampai ke BACC dalam pukul 2 petang macamtu. Tapi dah smpai situ ada pulak masalah, masalah nak cari parking. Aku pusing floor 1 car park takda parking kosong lepastu pusing naik floor 2 barulah ada. Setel parking kami pun terus cari lif nak turun. Jumpa lif turun sampai G tengok kat bawah dah crowded penuh dengan orang plus Rela & Volunteer. Kitaorang kat situ blur kejap sebab taktau prosedur macam mana. So bila kami nampak ada satu turn panjang kami assume lah yang itu turn nak masuk dalam, so kami pun beraturlah. Before kami masuk tu adalah abang-abang and kakak-kakak Rela guide kami tatacara nak masuk ke dalam & update kami punya mysejahtera. Dah naik atas adalah seorang petugas ni bagi borang kat kami suruh isi certain parts sebab the rest tu isi waktu dengan Doc nanti.
Setel isi borang staff tu suruh kami masuk dalam and kat dalam tu before korang masuk bilik Cucuk tu adalah volunteer akan guide korang itu ini aku pun dah lupa lah ๐ so sampai turn aku untuk duduk depan bilik cucuk tu dulu sementara tunggu orang dalam bilik tu setel cucuk. Member dah setel turn aku pulak masuk dalam, fuh neves dia jangan cakap beb ๐ฐ nasib doc tu friendly so kira bolehlah ajak bincang hilangkan neves tu. Dan tanpa membuang masa dia ambil satu picagari but sebelum tu dia introduce dulu vaksin yang akan masuk ke dalam badan aku tu iaitu SINOVAC. Dah cakap itu ini dia cucuk picagari kedalam bekas vaksin, dia cabut and bismillah dia slow-slow benamkan jarum picagari tu kedalam lengan kiri aku. Sakit? Mestila. So setel everything before keluar dia suruh scan dulu attendance kita kat Mysejahtera through ada satu barkod kat situ.
Keluar dari bilik Cucuk, rasa apa? rasa seronok jugakla sebab mission dah setel untuk first dos. Dah setel cucuk ada satu lagi section before korang keluar ( kira macam sesi talk-talk gitu lah ) ha dah setel sesi talk tu ( kejap je tak sampai seminit dua ) depa akan suruh duduk kat satu side tu untuk break dalam 5-10 minit kot-kot ada side effect ke apa ke kan. Tapi kami decide keluar terus dari situ.
Dah turun bawah tu kami jumpa lah plaka ke apabenda entah yang selalu korang bergambar tu kan ๐ so inilah hasilnya
Dah search jalan kami pun bertolak. Kira dalam 20 minit jugaklah Maluri dari Bangi. So when kami dah lepas persimpangan Chan Sow Lin bangunan first yang kami nampak, apa lagi kalau bukan IKEA & Mytown. Once again tears in my eyes , tempat lama lagikan dikenang. Tapi kami tak singgah sebab penat but kami straight ke satu kedai mamak yang mana aku selalu lepak dulu.
Restoran Ameer Ehsan
Tak salah kalau aku kata inilah mamak terbaik yang aku pernah makan sepanjang aku stay sini dulu. Even member aku dulu pun sanggup turun dari Wangsa Maju semata-mata nak makan kat sini. Nak tau apa yang special? Datanglah sendiri ๐ and aku sendiri tak nafikan yang Maluri ni ada suatu keunikan yang takda kat tempat lain kat KL ni.
Ini Maluri.Trademark Maluri adalah Mytown & IKEA
So after rasa kami dah takda apa-apa dah nak buat kat situ ( nasib pergi dengan orang lain, kalau dengan bestfriend aku mau sehari lepak situ ) kami pun decide untuk balik Manjung.
Perjalanan pulang kami.
After perjalanan 3 jam kami sampai ke Manjung dalam pukul 7:15 malam.
Alhamdulillah selesai urusan Vaksinasi aku yang mana aku sendiri pun tak expect macamni. Tulah namanya rezeki & tamatlah sudah penantian lama aku yang mana nak tunggu vaksinasi through mysejahtera tu entah bila baru aku dapat. One more dapatlah juga aku lepaskan rindu aku kat tempat aku pernah berbakti dulu even 2 tahun je, kiranya sambil menyelam minum air lah.
Okey aku rasa cukup setakat tu kot. Aku doakan supaya kita semua dijauhkan dari dijangkiti wabak ini and Malaysia amnya boleh kembali macam dulu even nampak mustahil, Amin. Okey aku gerak dulu pape roge Cau Assalamualaikum ๐
Comments
Post a Comment