2 Tahun aku di KL : Apa Yang aku dapat? ( part 2 )
Alhamdulillah kembali lagi kita semua. So aku nak proceed pasal cerita aku yang baru aku post semalam. So pasal Maluri tu aku kira dah habisla kot and dalam thread kalini aku nak cerita pasal officemate @ housemate aku.
Yang kiri adik yang kanan abang. Post tahun 2017 location Azi Bistro Maluri KL.
Jujur cakap selain dari dia depa berdua nilah sahabat aku yang Allah SWT hantar kat aku untuk assist aku dari pelbagai sudut especially duit lah. Kiranya macam depa bantu aku aku pun bantu depa. Fair trade gitu. Kalau nak cerita berkaitan kami memang panjanglah, dari berjaga sampai subuh semata-mata nak siapkan job depa ( depa housemate aku ), order delivery mamak ke Azi ke ( dua kedai ni ada buat delivery but in certain amount baru boleh place order ), travel Putrajaya & Seremban naik tren ( pergi Putrajaya naik KLIA punya tren tu lupa nama, pergi Seremban naik KTM ) and banyak lagilah dalam 2 tahun tu. Btw diaorang ni ada special cases tau tapi aku tak bolehla nak bagitau apa.
Ok tamat pasal depa, kalau cakap pasal officemate ni actually bagi siapa yang kenal aku la kan, jujur cakap aku ni introvert tau. Aku ni jenis yang suka buat hal sendiri, tak suka nak bercakap sangat & suka perkara yang orang lain tak suka and vice versa, kira liberal lah dalam term politik. Pasal officemate ni aku pun takda benda pun nak cerita even gambar pun takda. So aku rasa macam tak perlu kot aku cerita pasal Officemate even aku janji nak cerita 🤣 sorry ye 🙏🏾 sebab aku pun lebih ngam dengan housemate aku and diaorang je tahu side-side aku yang opposite dengan apa yang aku tunjuk kat public.
Nak cakap pasal introvert aku pun boleh kira boleh tahanlah sampaikan nak keluar hangout bagai pun kalau lebih 4 orang aku dah rimas 😐 bukan nak kata aku tak friendly cuma aku ni takda topik nak sembang je tu je hahah 😂 ( cover je tu )
Okey stop with that. Back to the front. Actually duduk KL ni best tau. Boleh kata apa yang menarik semua ada kat sini, cuma poket kena tebal lah kalau tak tebal bolehla booking tempat mengemis kat area Pudu ke Chow Kit ke 😂 salah satu benda yang aku belajar kat sini apa dia? Surviving skill. Even aku kerja pun aku kena surviving jugak tak boleh nak tibai gaji semua dalam sebulan. Kadang even dapat gaji pun still makan nasi bujang + ais kosong kedai Warisan. Even depa hasut suruh makan yang mahal sikit tapi aku refused. Tapi tulah humble tu patut bertempatlah.
Kedua, dalam situasi aku waktu tu memang mengajar aku untuk pilih kawan. Kat situ baru kau akan kenal realiti dalam berkawan samada kawan yang kau pilih tu bawa positive vibe or sebaliknya. Yang penting kena bijak pilih kawan & betul-betul kenal kawan korang tu, as long as dia tak suruh buat benda tak baik korang boleh consider yang certain guys tu korang boleh buat kawan.
Ketiga, antara benda yang aku dapat sepanjang aku stay sana, kat situ baru kau akan berdepan dengan Shock culture ataupun kejutan budaya. Aku duduk Bota dekat berbelas tahun bila kena kerja kat KL ini macam Rusa masuk kampung. Walaupun masa tu batak juga la tengok benda baru tapi aku tak overexcited. Aku ingat apa matlamat aku kesitu but untuk sekali sekala tak salah pun. Macam aku ni stay dekat dengan area yang boleh kata keliling penuh dengan Mall and nightclub no.1 KL ( Zouk & Trec ) tapi aku masih boleh control diri, means takdalah kesana setiap minggu lagipun tempat ni luas kan bukan Mall je ada macam contoh Taman Pudu Ulu ke, Dataran Merdeka ke Masjid Wilayah ke Masjid Negara ke and so on.
Next thing is paling penting kena ada keyakinan diri and buang rasa takut , kira fearless la. Sebab itu pilihan korang kan macam aku sendiri always set dalam kepala aku yang aku sendiri yang pilih haluan tu aku kena hadap sendiri. Tanggung risiko sendiri. Believe in yourself and your instinc. Tapi kena ingat, kita tak boleh certain things sorang-sorang. Allah SWT ada, kawan-kawan ada. Kalau rasa tak mampu cuba minta tolong kepada mereka, insyaallah mereka boleh tolong.
Aku rasa cukuplah dulu untuk thread kalini sebab ada lagi point aku nak explain. Nanti aku sambung lagi okey? Kk raklu pape roger
Comments
Post a Comment