2 Tahun aku di KL : Apa yang aku dapat? ( Part 1 )

Oklah untuk thread kalini aku nak share serba sedikit berkaitan pengalaman aku bekerja di ibu kota Malaysia, apa lagi Kalau bukan Kuala Lumpur. Untuk memendekkan cerita, aku tak boleh nak cerita berkaitan apa job aku kat sana, just nak cerita berkaitan surrounding aku kat sana and anything yang related dengan life aku di sana. Ok lets start 

After aku habiskan STPM aku tahun 2015, aku mula berbelah bahagi samada nak sambung Degree or terus kerja. So aku sepanjang aku hidup 20 tahun waktu tu, aku mostly banyak ikut kata hati lah, tapi adalah juga brainstorm dengan kawan and parents. So hati aku pilih kerja even still rasa nak sambung belajar, but aku follow kata hati je waktu ni. But actually almost 2016 tu aku habiskan dengan duduk rumah je ๐Ÿคจ sebab waktu tu tak ready nak kerja lagi so orang kata menganggur lah. Sehinggalah one day tu bila result UPU keluar ( aku tak apply since aku nak kerja kan ) member aku sorang ni dia tak lepas UPU, so dia decide nak sambung degree kat IPTS je. So aku pun okay jela sebab itu hak dia nak decide kemana dia pergi kan. 



         Nilah dia yang dimaksudkan tu hahah ๐Ÿ˜‚

tapi apa yang buat aku terkejut bila one day tu kami lepak kat rumah aku, benda first dia cakap macamni ; 

Dia : Bal, aku jumaat ni dah nak ke KL tau
Aku : ๐Ÿคจ Awainya kau tak bagitau pape pun 
Dia : Aku dah register kat U tu, dia bagitau jumaat ni dah register. 

So pagi jumaat tu dia pun bertolak ke KL naik KTM kalau tak silap, meninggalkan aku sensorang kat Bota ni ๐Ÿ˜’ so start dari hari tu aku decide aku kena buat something untuk make sure aku tak terputus connection dengan dia, maksudnya aku kena ke KL jugaklah. Kami sentiasa keep in touch through WS & telegram and bincang pasal itu inilah banyak nak bagitau. 

Sehinggalah ada satu hari tu tengah aku scrol FB ni aku ternampak satu ads pasal job kat KL. So aku tengok qualification dia tu ada pada aku so kalini aku cakap kat diri aku yang inilah masanya untuk aku follow dia tu. Aku bagitau mak aku pasal tu , even pada mulanya mak aku tak bagi but time tu aku terpaksa fight untuk aku punya hak sebab since aku the only boy dalam sibling aku aku kena nampak lebih sikit la dari yang lain ๐Ÿ˜‚ so parent aku pun bagi jela. So aku apply job tu through satu link yang ads tu bagi, tapi nak tunggu result dekat sebulan juga. Alhamdulillah finally aku dapat job tu and aku dikehendaki kesana pada tarikh 27 November 2016. 

So to make it short pada tarikh tu kami pun bertolak ke KL dalam pukul 7 pagi. Kami naik kereta ayah saudara aku sebab dia pernah stay KL and adalah juga experience drive area sana. Perjalanan dalam 4 jam macam tulah and kami sampai ke bangunan company tu dalam tengah hari. Bangunan company tu terletak dalam satu daerah yang bernama Maluri. Aku dah lupa pasal hari-hari pertama kat situ but alhamdulillah everything went well dalam seminggu pertama and kami pun ada hostel sendiri. ( lupa nak bagitau yang kerja aku ni kerja kontrak 2 tahun ) 

So lari kejap dari kisah aku tu. Kalau nak cakap pasal Maluri ni maybe ada yang tahu pasal tempat ni or maybe pernah dengar or mungkin taktau langsung. Bagi sesiapa yang tak tahu apa attraction kat situ korang pernah dengar nama Mytown? IKEA Cheras? Ya kat situlah Maluri ๐Ÿ˜ฌ mana yang dah tahu diam-diam jela. Serius cakap Maluri ni memang serba lengkaplah sebab ada Mall, pekan pun best even macam old skool sikit, transport ada like LRT, MRT, grab and so on. Dan tak lupa Maluri ni juga kira strategik sebab jadi intermidary antara pusat bandar & Ampang. 

Back to my story, pengalaman first aku pulang ke Perak ni kira tough juga sebab aku memang zero experience bab LRT masa tu, yang aku ingat aku just berpandukan arahan dari dia je through WS. But alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan aku waktu tu even just dari arahan-arahan simple. Sampai TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) barulah aku tahu realiti bagi sebahagian penduduk Malaysia yang mahu pulang ke kampung masing-masing ( well rindu suasana tu ) and aku tunggulah si dia tu sampai. Bila dia sampai barulah dia ajar macam mana nak beli tiket bas, nak tunggu kat terminal mana and pintu mana nak masuk. Aku ingat lagi tarikh tu 5 Disember 2016, yang mana waktu tu aku dapat pelepasan balik dari bos aku sebab aku ada tertinggal dokumen kat rumah aku while dia balik sebab rindu rumah katanya ๐Ÿคฃ. Kami balik naik bas Arwana sebab aku ingat bas tu warna merah and kami ambil seat double. 

Sebelum tu lupa nak cerita pasal kedai @ restoran kegemaran aku kat Maluri tu. Biasa aku dengan member aku ( nanti aku cerita siapa mereka ) kami biasa pilih 3 restoran ni je, samada Warisan ( kedai siam ), Azi bistro ( kedai Melayu ) and Ameer ehsan ( Mamak ). Setiap kedai @ restoran ni boleh kata ada vibe dia yang tersendiri lah. And not to mention that dia pun sanggup turun dari Wangsa Maju ke Maluri tu semata-mata nak makan kat salah satu kedai ni. Dia kata sini lagi best dari Wangsa Maju. Huk aloh 

So i guess takat tu je kot untuk part 1 ni. Insyaallah kat part 2 nanti aku akan sambung the rest pasal surrounding aku & cerita-cerita aku dengan member-member office & hostel aku yang lain. Cau assalamualaikum 

Comments